Tuesday, December 25, 2018

LYNK & CO. 0X CONCEPT - COUPE UNTUK PARA PENCINTA HAIWAN PELIHARAAN 31

LYNK & CO. 0X CONCEPT - COUPE UNTUK PARA PENCINTA HAIWAN


Di California, Amerika Syarikat, terdapat peningkatan trend di mana golongan muda yang sudah berkahwin namun mereka didapati membuat keputusan dengan memelihara binatang peliharaan daripada membuat anak sendiri.
Berdasarkan trend tersebut, seorang pereka berbakat, Tianbo Ma yang sedang melanjutkan pelajaran di Art Center College of Design menghasilkan kereta konsep bagi memenuhi keperluan golongan muda terbabit. 
Dinamakan sebagai Lynk & Co 0X Coupe Concept, coupe dua pintu yang stailo ini menampilkan ruang luas yang dikhususkan untuk haiwan peliharaan (di dalam kes kajian ini - anjing) di bahagian belakang. 
 

Menurut Ma, kebanyakan pasangan muda ini kerap diperhatikan memandu sebuah crossover, dan menerusi 0X Concept ini, beliau membayangkan pasangan-pasangan ini memandu sebuah coupe yang lebih bergaya dan tidak terlalu nampak terlalu 'pakcik dan makcik'. 
 
pisau

Dalam menghasilkan rekaan ini, Ma banyak mengambil inspirasi daripada barang keperluan seharian seperti set dapur, headphone, malah rekaan pisau juga turut menjadi 'mangsa'!
 

Walaupun nampak menarik dan mempunyai potensi untuk dibangunkan, Lynk & Co 0X Concept ini, seperti namanya hanyalah sekadar konsep dan bukan model rasmi yang bakal keluar daripada syarikat di bawah Geely itu. 
 

No comments:

Post a Comment

KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat

 KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat Tip hilangkan jerawat,masalah kulit berminyak .Jerawat atau jerawat adalah luka / keradanga...