Tuesday, December 25, 2018

Cara ringkas servis starter motor kereta

Cara ringkas servis starter motor kereta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Konsep Starter motor

Konsep starter motor yang digunakan pada semua kenderaan adalah sama cuma yang berbeza ialah saiz dan bentuk starter tersebut. Apakah itu starter motor? Alat ini adalah alat yang disambungkan terus ke bateri melalui kabel yang dibumikan untuk menggerakan flywheel dalam gearbox supaya ia berpusing dan seterusnya menghidupkan enjin kenderaan.

 Alat ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian badan yang dipanggil armature dan satu lagi ialah bahagian kecil disebelahnya dipanggil solenoid. Kedua2nya bergabung dan menghasilkan gerakan berpusing yang agak kuat yang mampu memusingkan flywheel untuk enjin hidup. Perhatikan gambar dibawah yang telah diubahsuai dari web .jcrsupplies.co.uk yang menerangkan bahagian2 dalaman starter secara terperinici.

Cara-cara ringkas servis starter kereta

Kesemua bahagian dalaman starter boleh ditanggalkan untuk dicuci mahupun ditukar hanya armature dan solenoid biasanya ditukar secara satu set kerana bahagian dalamannya jika ditanggalkan amat sukar mencari alatgantinya.
  1. Cabut skru pada bahagian badan starter ,biasanya terdapat 3 skru panjang yang terus bersambung ke bahagian carbon brush dibahagian bawah badan starter
  2. Cabut skru kecil  carbon brush
  3. Tanggalkan armature dan carbon brush
  4. Longgarkan Drive pinion,clutch gear dan clutch (jika perlu)
  5. Gunakan minyak petrol ,disel atau WD40 untuk mencuci bersih kotoran pada starter luar atau dalam.
  6. Gantikan carbon brush 
  7. Solenoid tidak perlu dicuci biasanya hanya luaran dibersihkan atau gantikan dengan solenoid lain
  8. Pasangkan semula armature dan carbon brush secara keseluruhan dengan 3 skru panjang tadi
  9. Masukan 2 skru solenoid
  10. Pasangkan semula wayar dan sambungan solenoid serta sambungan earth starter.
Kerosakan yang biasa berlaku pada starter motor ialah carbon brush menjadi tersangat nipis sehingga aliran kuasa terganggu dan sukar untuk armature berpusing. Satu lagi kebiasaan berlaku ialah apabila bahagian armature menjadi karat dan sukar bergerak akibat terlalu kotor. Solenoid pula apabila ia kurang kuasa akan menjadikan starter tiada aliran arus letrik dan tidak berfungsi langsung.

Carbon brush boleh diganti ,solenoid juga serta armature. Kerosakan yang selau dan kerap terjadi ialah kehabisan carbon brush dan ini mudah diganti dan alatgantinya juga amat mudah didapatkan di mana2 kedai alatganti kereta.

Wayar tambahan untuk kuasa negatif yang hilang

Kerapkali terjadi apabila kunci kereta dipusingkan hanya terdapat bunyi seperti 'tek,tek,tek'. Ini adalah tanda kuasa hilang dan tidak cukup untuk menghidupkan starter motor supaya ia mudah bekerja. Apa yang perlu dilakukan ialah menambah kuasa dengan mendapatkan wayar serta relay tambahan starter dan dipasang terus ke starter dan bateri kereta.

Wayar tambahan ini amat baik kerana ia membuat sambungan terus dengan kuasa nateri dan negatif dari badan kereta untuk starter motor terus bekerja.

Wayar ini boleh didapatkan dengan mudah dari kedai alatganti ,hanya beritahu pada pekedai anda perlukan 6 wayar relay starter .

No comments:

Post a Comment

KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat

 KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat Tip hilangkan jerawat,masalah kulit berminyak .Jerawat atau jerawat adalah luka / keradanga...