Tuesday, December 25, 2018

Injector,fuel regulator dan MAF sensor

Injector,fuel regulator dan MAF sensor


Ketiga-tiga komponen seperti tajuk diatas adalah merujuk kepada komponen yang perlu diperiksa dan diganti jika terjadinya enjin yang sukar dihidupkan ketika suhu enjin telah panas.Adakah benar ini boleh berlaku?enjin sukar hidup ketika panas?

Pada asasnya enjin yang dihidupkan perlukan oksigen (udara) dan bahan bakar iaitu petrol,gas atau disel serta api untuk ia bekerja dan membuat pembakaran dalam enjin.Udara akan menjadikan petrol atau disel kepada gas dan meruap untuk menjadi pembakaran dalam enjin atas pertolongan api yang terhasil dari plug.Maka bermulanya enjin hidup dan bunyi serta gas karbon monoksida yang dibuang ke ruang ekzos.Ianya mudah bukan asalkan ada api dan bahan bakar enjin akan hidup,tetapi mengapa ia jadi sukar hidup bila panas?

Fuel pump ringkas Honda dengan soket sambungan 2 wayar
Inilah yang saya rungkaikan dalam mencari kebarangkalian yang banyak keatas beberapa komponen yang amat perlu diganti atau diperiksa teliti kemampuannya.Soket pada injector perlu diperiksa untuk ada aliran cas elektrik untuk injector bekerja.Ada juga terdapat injector yang bocor satu atau dua yang menjadikan enjin lebih sukar hidup ketika panas kerana bila enjin panas bahan asas body enjin mengembang dan tenaga perlu lebih untuk memusing komponen enjin.

Mengapa pula saya katakan bahawa fuel regulator perlu diganti atau diperiksa kemampuannya?Ini kerana fuel regulator adalah berfungsi membekalkan tekanan hanya secukupnya untuk membuat pembakaran enjin akantetapi jika ia jadi tidak terkawal atau rosak ia akan menambah kesan buruk aliran bahan bakar untuk injector.Disinilah terjadinya kemampuan enjin untuk hidup terganggu.


MAF sensor pula adalah berkaitan berapa banyak udara yang perlu untuk bahan bakar bergabung dengan api untuk enjin hidup.Apabila ia tidak berfungsi dengan baik sensor ini akan memnberikan ketidaktepatan udara untuk diseimbangkan ke bahan yaang saya sebutkan tadi untuk membuat pembakaran.Kesukaran membuat laporan akibat ia rosak adalah punca utama kesukaran enjin juga untuk membuat pembakaran.  

Dalam kes yang berat jika enjin telah mengalami kebocoran yang teruk pada head silinder dan menaikkan minyak ke permukaan air filter ini adalah amat berlainan kerana enjin ini dikategorikan tempang dan perlu diperiksa teliti dan termasuk dalam proses Top Overhaul,jika enjin dalam keadaan ini,ia bukanlah akibat 3 komponen yang saya sebutkan tadi.

Pokoknya sebelum anda lakukan Top Overhaul atau Overhaul pastikan mekanik anda periksa dahulu komponen disebutkan untuk kepastian kerana kos Top Overhaul dan Overhaul bukan saja menelan belanja yang besar malah jangkamasa untuk ia siap juga kira-kira 3 hari atau seminggu untuk enjin disiapkan.

Mengekalkan kestabilan suhu enjin

Suhu enjin biasanya dapat dikawal stabil dengan menukar minyak pelincir tepat pada kilometer yang sepatutnya ditukar dan elakan dari menggunakan minyak yang berlainan gred dengan kerap dan jenama yang bertukar-tukar.Cooling system juga perlu diperiksa dan dinyahkarat dengan menukar air dan coolant jika air ada bercampur kesan karat yang banyak.Pastikan juga tidak menggunakan bahan bakar berbeza kerana bahan bakar juga penting.Mengekalkan penggunaan bahan bakar pada jenama yang kerap digunakan juga dapat mengelakan keserasian enjin dengan bahan bakar tersebut sekaligus mengelakan pembentukan karbon yang banyak dan suhu enjin juga lebih stabil.

Fuel Injector Cleaner dibawah amat sesuai digunakan untuk membersihkan ruamg pada throttle body atau carburator secara semburan,buka hose dan sembur kemudian lap sedikit dengan kain kering.

No comments:

Post a Comment

KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat

 KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat Tip hilangkan jerawat,masalah kulit berminyak .Jerawat atau jerawat adalah luka / keradanga...