Tuesday, December 25, 2018

Bidang Automotif : Pencerahan Dari Sudut Pendidikan & Kerjaya

Bidang Automotif : Pencerahan Dari Sudut Pendidikan & Kerjaya





Apa itu Automotif ?
Fine, automotif ni kalau secara umumnye kita ketahui sebagai satu cabang dibawah bidang Kejuruteraan Mekanikal.. Harus diingat, Kejuruteraan Mekanikal ialah satu bidang yg luas yg dibawahnya ada beberapa pecahan cabang seperti automotif, penyamanan udara, welding & fabrication, loji petroleum, pemesinan am dan jgk aeronautik.. Automotif ni pulak (yg merupakan salah satu bidang yg ada dibawah Kejuruteraan Mekanikal) adalah bidang yg menyentuh berkenaan KENDERAAN DARAT.. Ini termasuklah kenderaan penumpang (bas, kereta, van, teksi), motorsikal (pelbagai jenis), kenderaan komersial (lori & treler) dan jentera berat (jentera ladang & kerja raya beroda atau berantai).. So, harap2 jelas la buat masa ni.. sebelum korg skroll lg kebawah for the next explaination..


Apa Pengkhususan Yang Ada Dalam Bidang Automotif ?
Ok, ape yg aku nk huraikan ni, berdasarkn drpd pengalaman sku sndiri dlm bidang automotif ni.. So, klu u guys ade perbezaan dr segi pengalaman korg, silakan berkongsi supaya semua org dpt manfaat.. Fine, klu dlu, bila cakap psl automotif je, especially budak2 yg br lepas PMR sbm masuk sekolah vokasional akan faham ialah "belajar pasal enjin, pasal modified kenderaan nk bg laju".. But nowadays, based on present mobility industries developement, automotif juga dah mula terbahagj kepada beberapa bidang KEPAKARAN automotif i2 sndiri.. antara nya :-
  • Pakar Transmission (gear box)
  • Pakar Sistem Elektronik
  • Pakar Ketuk Dan Cat Badan Kenderaan
  • Pakar Air Cond Kenderaan
  • Pakar Cooling System
  • Pakar Tayar
  • Pakar Diesel
  • Pakar Cermin


Kenapa aku bahagikan kepada beberapa pengkelasan..?? sebab menurut pandangan aku, bila kita tengok sndiri lambakan bengkel yg KHUSUS utk baikpulih kenderaan ni (bengkel baikpulih hawa dingin kereta, bengkel ketuk dan baikpulih badan kereta, bengkel baikpulih lori dan jentera berat, pusat servis radiator, kedai tayar dan allignment, bengkel baikpulih pendawaian electrik kenderaan), memang jelas nyata bahawa kebanyakan org yg menceburi bidang ni, ada kepakaran2 tertentu yg mereka kuasai dlm dunia automotif ni.. Mksd aku selain dari bukak & pasang komponen laaaa.. hahaha.. So, i2 yg aku mksdkn KEPAKARAN TERTENTU dlm bidang automotif ni.. Ini antara penjelasan aku secara umum.. Tapi, secara realitinya, kebanyakan individu yg m'ceburi bidang automotif (khususnya golongan pelajar) WAJIB mendalami semua bahagian dlm automotif ni samada di peringkat Sekolah Vokasional, Kolej Vokasional, Pusat Kemahiran ataupun IPT (Politeknik, Kolej, Universiti)..




Automotif Dalam Skop Pendidikan
Menerusi skop pendidikan, dunia Automotif jugak dikelaskan kepada beberapa peringkat, mengikut kesesuain tahap seseorang pelajar..

Peringkat Sekolah
Klu dlu, masa zaman aku di sekolah vokasional, bidang automotif ni hanya dpt difokuskan kira2 40% je dlm akademik. Bagi m'beri laluan kpd subjek2 teras yg lain mcm matematik, sains, BM, BI, pendidikan islam, lukisan kejuruteraan & sejarah.. So, 40% subjek automotif i2 sndiri cuma boleh dipelajari menerusi subjek Teknologi Automotif (theory) dan subjek Menservis & Membaikpulih Kenderaan (Amali / Praktikal).. Sbg budak vokasional, aku mmg paaaaling suka subjek bgkel ni sebab dpt buat kerja bgkel dr jam 10am smpai la habis wktu sekolah.. Di peringkat ni, pelajar lebih didedahkn tentang sistem asas dlm automotif (sistem brake, fuel, lubrication, cooling, wiring, ignition).. sgt basic.. belum smpai tahap kena kenalpasti punca rosak.. senang citer, peringkat ni belajar utk kenal komponen, kenal spanar, cara bukak & pasang komponen, minor & major engine service.. Level2 ni, pelajar akan diajar dengan menggunakan stand engine & kenderaan latihan, bukan kenderaan sebenar.. hahahahaha..


STand Engine model Nissan Sunny 130Y yg digunakan sebagai bahan latihan pelajar sekolah vokasional & kolej vokasional..



mana2 budak automotif sekolah vokasional dari 2008 keats, mesti biasa jumpa buku ni..

Buku karangan Bahaman Rajuli ni antara buku silibus automotif yg paaling lama utk budak2 automotif sekolah vokasional dulu.. Le ni x pakai dh buku ni.. Tp msh relevan utk dijadikan bahan rujukan asas bg pelajar yg baru m"ceburi bidang automotif..



Peringkat Institusi Kemahiran
Bila di institusi kemahiran (IKM, ILP, IKBN) subjek automotif diberi penekanan sebanyak 70% manakala subjek akademik lain (teknousahawan, engineering mathematic, engineering science, tamadun islam & technical english) diberi 40% penekanan.. Ini bg m'capai objektif pusat kemahiran i2 sndiri dlm melahirkan golongan PEKERJA MAHIR DALAM BIDANG AUTOMOTIF. Bagi memenuhi keperluan sektor automotif negara.. Di peringkat ni, pelajar dilatih utk bekerja secara independant.. buat general overhaul secara individu, cara nk kenalpasti kerosakan & cara baikpulih, penyediaan laporan teknikal kerja dan jugak ada ujian praktikal test.. mksdnye, di peringkat ni, pelajar sepatutnye dh mahir utk buat kerja berat bersendirian tnpa perlukan pemantauan bg kebanyakan kenderaan penumpang.. contohnye mcm tukar timing belt, top overhaul (angkat head), general.overhaul, tukar water pump, tukar clutch plate.. Pelajar2 ni xkn hadapi masalah utk independent dlm bekerja sebab di peringkat ni, sebanyak 80% pembelajaran adalah AMALI / PRAKTIKAL / HANDS ON yg dibuat di bgkel.. Hanya 20% je teori.. Lagipun, diperingkat ni, pelajar dah diajar menggunakan kenderaan sebenar.. Konsepnya, repair kenderaan yg rosak 2 smpai elok, sampai kenderaan 2 boleh digunakan..
Latihan yg dijalankan di peringkat institusi kemahiran adalah berdasarkan kepada situasi kerja sebenar dlm industri automotif..






Pembelajaran automotif di peringkat institut kemahiran lebih menekankan latihan kerja secara independent bagi m'bentuk tenaga mahir yg berkualiti..
Peringkat IPT
Bila diperingkat ni, skop automotif akan diberi penekanan sebanyak 90% sebab ini dh meliputi bidang akademik pelajar contoh (Ijazah Sarjana Muda Automotif, Master in Automotif Engineering, PhD (Research) Automotive Engineering).. So, hanya 10% sahaja penumpuan diberikan kpd subjek akademik yg lain spt engineering mathematic, ethnic relation, engineering ethic, 3rd language, tamadun islam & technopreneur.. Di peringkat ni, pelajar lebih difokuskan kpd aplikasi teknologi terbaru dlm setiap manufacturer automotif, kajian tentang kenderaan (merangkumi badan kenderaan, kuasa enjin, sistem elektronik).. Senang cerita, korg akan byk buat research ttg cara nk bg kereta 2 lebih selesa, boleh autopilot mcm pesawat, mencegah kecurian kenderaan melalui sistem electronic.. Tahap ni, byk perah otak laa utk research & mendalami teknologi terbaru.. Peringkat ni lebih kpd m'bentuk pelajar menjadi seorg jurutera / teknologist / pengurus / ahli akademik dlm dunia automotif.. hahahaha.. Diperingkat ni jgk didedahkan byk nye subjek automotif i2 sndiri spt :-

  • Internal Combustion Engine
  • Engine Performance & Enhancement
  • Chasis Technology
  • Advance Transmission
  • Advance Autotronic
  • Petrol Engine
  • Diesel Technology
  • Vehicle Standard & Regulation
  • Automotive Entrepreneur & Enterprise Developement
  • Workshop Admin
  • Thermodynamic
  • Vehicle Dynamic
  • Vehicle Power Train
  • Static & Dynamic
  • Automotive Ergonomic
  • Collision Technology
  • Automotive Air Conditioning
  • Tyre
  • NGV
  • Hydraulic & Pneumatic


Peringkat IPT lebih memfokuskan skop Research & Developement dikalangan pelajar bidang automotif, meliputi penambahbaikan produk sedia ada dr segi material & kesan positif aplikasi pd kenderaan.


Peringkat ini memerlukan kemahiran pelajar dalam m'huraikan teori bagi menyelesaikan case study.

Ni sport rim aku design pakai software CATIA V5 masa zaman diploma dulu. Dpt 1st place ni mse competition sport rim design CATIA V5.. huhuhu~~




Fyi, diperingkat ni, pembelajaran subjek automotif dah berubah menjadi 30% AMALI / HANDS ON / PRAKTIKAL, manakala 70% pulak ialah theory.. Dah nama pn level postgraduate & undegraduate, dh kurg dh kerja2 bgkel ni.. Byk lebeh kpd ujian melalui simulator je..



Simulator ringkas CAN system utk analisis data.


Diperingkat IPT, kemahiran menggunakan oscilloscope adalah saaaangat penting dalam proses pengumpulan data..


Data lengkap keupayaan sesebuah enjin dapat diperolehi dgn lebih mudah melalui teknology terkini (gambar bacaan engine dyno test).


Automotif Dalam Skop Kerjaya
Ok, bila sebut je "aku belajar bidang automotif" persepsi kebanyakan org akan berpikir "ouh, jadi mekanik / pomen la ni.." Ada jgk setengah org aku pernah jumpa, de bolh kata "belajaq automotif jadi pomen pasaipa..?? la ni semua pakat pakai komputer dh.." ha, ni masalah org kita ni.. i2 jam aku rasa nk b'ckp kt bdk komputer 2 mcm ni "ko amek la lappy atau ipad ko 2, ko gi buat service kereta apak ko pakai komputer ko 2, boleh ke..?? ko igt setting computer box ni mcm ko setting handset ko ke..??" haadduuuuiiii.. mksd computerize dlm automotif 2 pn ko x taw, ko main tibai je samakan computerize (ECU / ECM / TCM / BCM) 2 ibarat laptop & ipad ko.. herm.. xpewlah, abaikan kes 2.. dh lama dh pn.. hahahaha.. ok, sbnrnye bidang automotif ni x terhad kpd tenaga mahir dan mekanik pakar sajew.. Ia jgk merangkumi kerjaya spt :-
  • Engineer
  • Lecturer
  • Consultant / Advisor
  • Specialist (Proton, Perodua, SCANIA, HINO, Mercedese, HICOM)
  • Management
  • Businessman (spare part, workshop)
  • Pegawai Latihan Vokasional
  • Tentera (Bahagian Mekanik)
  • Polis (Bahagian Mekanik)
  • Juruteknik Kenderaan (kerajaan / swasta)


Kerjaya sebagai jurutera automotif semakin m'dpt sambutan dikalangan fresh graduate.
Kerjaya sebagai mekanik automotif juga dpt m'beri pendapatan bualanan yg sgt lumayan, bergantung kpd tahap kepakaran seseorg mekanik tersebut.



So, buat kt luar sana yg x taw, kena luaskn sikit pemikiran 2.. Banyakkan membaca bila x mengetahui.. Jgn cakap main hembus jee..


Apa Perbezaan Antara Automotif Dan Lokomotif..??
Haaa.. ni pn 1 kes lg, byk sgt sesetengah org yg keliru.. hahahaha.. It's ok.. I'll elaborate about this.. Automotif ialah bidang yg menyentuh ttg kenderaan penumpang, motorsikal, kenderaan komersial & jentera berat..

Lokomotif
Bidang pengetahuan yg menyentuh ttg keretapi (KTMB, ETS, MONORAIL, ERL, LRT, BULLET TRAIN, KOMUTER serta semua yg sewaktu dengannye laa).. got it..?? hahaha..


Apa Lagi Pecahan Cabang Automotif ?
Ok, khususnya di IPT & skop kerjaya, automotif jugak TELAH DIPERLUASKANbidangnye menjadi bidang2 lain spt :-
  • Marine
  • Aviation
  • Heavy Mechinery
  • Commercial
  • Locomotive
  • Motorsport
  • Superbike

So, setakat ni dulu perkongsian aku ttg dunia automotif ni.. Harap dgn perkongsian ni dpt m'beri sesuatu yg lebih ilmiah buat anda smua, khususnya sbg sumber rujukan kpd golongan pelajar (lepasan PT3, SPM, STPM, STAM, ASASI, MATRIKULASI) yg baru nk menceburi bidang ni.

No comments:

Post a Comment

KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat

 KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat Tip hilangkan jerawat,masalah kulit berminyak .Jerawat atau jerawat adalah luka / keradanga...