Tuesday, December 25, 2018

CARA KESAN KENDERAAN BEKAS TENGGELAM BANJIR


CARA KESAN KENDERAAN BEKAS TENGGELAM BANJIR

Bagi seseorang yang ingin membeli kenderaan terpakai, mereka akan terdedah dengan penawaran kenderaan yang terkesan akibat banjir apabila banjir sudah surut, tidak kiralah yang sekejap mahupun lama.
Sudah tentu, penjual kenderaan terpakai akan cuba sebaik mungkin untuk menyembunyikan kesan banjir dengan mencuci serta membaiki benda yang secara terang menunjukkan kesannya, tetapi setelah beberapa lama, masalah lain mungkin akan timbul apabila memiliki kenderaan yang pernah tenggelam dalam banjir ini, terutamanya sistem elektronik.
Jika anda bercadang untuk membeli kenderaan terpakai, di sini kami nyatakan beberapa cara mengesan kenderaan ini seperti yang dicadangkan oleh edmunds.com.

1. Waspada dengan bau yang tidak menyenangkan

Bau hapak atau masam boleh terhasil daripada bahagian yang sudah pernah basah buat masa yang lama dan tidak boleh dibersihkan.
Hati-hati juga dengan pewangi kereta yang diletakkan untuk menghilangkan bau tersebut. Pasang pendingin hawa jika ada bau tersebut.
 
2. Perhati warna karpet yang tidak sekata

Lihat atau selak jika perlu, dan jika terdapat kesan warna yang berbeza antara bahagian yang tinggi dan rendah pada karpet kenderaan, ia mungkin menunjukkan kehadiran air yang bertakung.
Walaubagaimanapun, ada juga penjual yang menukar keseluruhan karpet untuk menyembunyikannya.

3. Periksa bahagian luar

Biasanya bagi bahagian-bahagian badan tertentu, anda boleh melihat kesan kuning akibat air bertakung, contohnya pada lampu, ruang enjin mahupun but belakang.

4. Periksa bahagian bawah kenderaan

Cuba cari tanda karat atau besi mengelupas yang sepatutnya tidak ada pada kenderaan yang agak baru.

5. Tengok kesan kumpulan kotoran di tempat yang tidak sepatutnya

Ini termasuklah bahagian seperti landasan pelaras tempat duduk dan karpet di belakang atau bawah papan pemuka. Jangan lupa juga bahagian enjin.
Anda mungkin boleh terperdaya dengan harga murah, di bawah paras biasa pasaran dan melihatnya sebagai peluang yang perlu disambar.
Tetapi, apa yang terjadi selepas membeli kenderaan kesan banjir ini boleh menyusahkan dan memakan kos yang lebih dari jangkaan.

No comments:

Post a Comment

KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat

 KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat Tip hilangkan jerawat,masalah kulit berminyak .Jerawat atau jerawat adalah luka / keradanga...